Diriku

My photo
Berusaha ke arah kebaikan..walau ku tahu iman itu ada pasang surutnya..namun takkan ku persiakan hidayahMu Allah

Tuesday, June 15

Rejab bulan Allah

Selari dengan demam Piala Dunia 2010, pejam celik, pejam celik..tiba la masanya kedatangan bulan yang penuh barakah yakni bulan Rejab..Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ni ada keistimewaannya tersendiri.Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.Ha disamping kita semua sibuk menyokong team Piala Dunia masing2,liputan sana sini tentang Piala Dunia, x salah kan jika kita tau juga serba sesikit tentang Bulan Allah ini, bulan Rejab..
Sebenarnya kn, byk peristiwa telah berlaku di bulan yang mulia ni..antaranya :-

1) Berlakunya hijrah yang pertama iaitu hijrah ke Habsyah.

Tujuannya adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2) Perang Tabuk.

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

3) Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan

Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas

Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada

hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula

menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

4) Lahirnya Imam yang disegani iaitu Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab

Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi

rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

5) Berlakunya peristiwa Isra' Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Banyak lagi sebenarnya peristiwa2 penting dalam sejarah islam yg berlaku dalam bulan Rejab ni..dan ternyata byk barakah yang boleh kite perolehi dalam bulan ini..dimana

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus (Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.)"

Oleh itu,sebagai hamba Allah yang sememangnya byk kekurangan dalam diri, sama-sama lah kita menyambut baik bulan yang penuh kerberkatan ini dengan memperbaiki dan mempertingkatkan mutu amalan kita supaya kita berada dalam keadaan siap sedia

apabila bertemu dengan Allah nanti.. :-)

0 comments:

Post a Comment