Diriku

My photo
Berusaha ke arah kebaikan..walau ku tahu iman itu ada pasang surutnya..namun takkan ku persiakan hidayahMu Allah

Monday, June 18

Menambah ilmu melalui novel


Assalamualaikum wbt..
Setelah lama menyepi, ku kembali lagi di medan ini..
Ingin berkongsi novel terbaru yang menjadi pilihan Allah untuk ku selami, hayati dan miliki buat masa ini..
Hasil tinta pena dua novelis islam yang merupakan pasangan suami isteri yang ku kagumi..
Buah tangan mereka sudah semestinya tidak menghampakan diri ini..
Bait-bait kata yang indah dalam novel ini menenangkan sesiapa sahaja yang membacanya..
Novelet Tarbiah 2 dalam 1..



"Aku bukanlah alim dalam bidang agama. Bahkan ilmu agama didadaku sentiasa haus bak musafir di sahara"
~Cintaku Kerana Agamamu


"Tidak cukup hanya yakin berniat baik. Awak mesti buktikan dengan Allah,awak tidak menghampiri zina."
~Cinta High Class


 "Inginku mencintaimu dengan cinta yang high class disisi Allah kerana cintaku kerana agamamu"

Wednesday, March 7

Hari ini

By : Miss AZ

Jadinya aku seperti ini hari ini kerana aku mempelajari kehidupan dari kesilapanku di masa lalu..

Jadinya aku seperti ini hari ini kerana aku sedar, walaupun manusia menyukai apa yang aku buat,tapi itu bukanlah tiket untuk menjadi hamba yang disukai Allah swt..

Jadinya aku seperti ini hari ini bukan sebab aku inginkan perhatian dari manusia, tapi aku hanya perlukan perhatian dari Allah swt..

DAN..

Aku sedar jadinya aku seperti ini hari ini adalah kerana kasih sayang Allah swt yang tidak pernah leka mengingati hambaNya walaupun aku pernah leka mengingatiNya di masa laluku..

DAN..

Inilah saat terindah dalam hidupku hari ini bila aku diberi nikmat untuk mengharungi hidupku ini bersama kasih-sayang Allah swt..Alhamdulillah Ya Rabb kerana masih menyayangiku..

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Monday, February 20

Chantek

Suatu pagi sedang Nasuha melayari fb,tiba-tiba ada dia di 'pm' oleh seseorang..

MuslimSejati : Assalam. SubhanaAllah cantiknya ciptaan Allah ini.

Nasuha : Cantik apanya! mana ada gambar aku dalam fb(Nasuha berbicara dalam hati)

MuslimSejati : Cantik..sgt cantik!

Nasuha : Dah gila agknya dia ni(bisik nasuha dalam hati)..Maaf saudara. Rasanya tiada gambar ana di dalam fb ana.

MuslimSejati : Ana tau enti cantik! Sebab tu enti tak letak gambar di fb. Betul kn? :-)

Nasuha : Jadi?

MuslimSejati : Ana suka membaca post2 enti di fb. Ana kagum dengan perjuangan enti menyebarkan islam.

Nasuha : Terima kasih. Segala ilham milik Allah.

MuslimSejati : Cantiknya sifat enti.Pasti cantik juga paras rupa enti :-)

Nasuha : Maaf ye, ana nak offline dah. Terima kasih atas pujian tapi lebih baik saudara letakkan pujian itu pada Allah kerana sesungguhnya sekuat mana pun seorang hawa itu ,tetapi dia bakal bersifat lemah jika menerima pujian sebegini,lebih- lebih lagi bila pujian itu dtg dari seorang ajnabi seperti enta.Kasihanilah hawa seperti kami.Assalam.

Offline~~~~

Taubat Nasuha
"Aku telah berjanji pada Allah dan aku tidak akan memungkiri janji aku. Jika dulu banyak foto-foto ku ku tayangkan pada seluruh dunia maya,tapi kini akan ku pastikan hanya dakwah dan nurkilan islam akan ku kongsikan bersama teman-temanku di alam maya. Aku tahu bukan mudah perjuangan ini bila sikap kurang waspada dengan amaran Allah itu sudah sebati dalam diri, tapi aku yakin Allah sentiasa bersamaku kerana cinta Allah tidak pernah kurang buat hambaNya"

by: miss AZ

P/s :blockwalking terjumpa pengakuan seorang blogger lelaki..mmg 'terchantek' le







Thursday, January 12

Ada sebab Allah memberi sesuatu.Ada sebab Allah mengambil sesuatu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ainul : Aku benci !! :((

Aisyah : Kenapa sahabatku?

Ainul : Why all this happened to me!

Aisyah: Istighfar Ainul, ingat Allah. Sepatutnya kau berterima kasih pada Allah.

Ainul : What do you mean? hello, please don't make fun here.I'm not in a good mood ok!

Aisyah: (sambil tersenyum) Sahabat, mana perginya gadis comel bernama Ainul yang aku kenal dulu? Gadis yang penuh hikmah bila berbicara, periang, dan tidak mudah melatah? Kau dah banyak berubah sahabatku dan perubahanmu itu hanya akan membawa kemudaratan pada dirimu sendiri.

Ainul : Kau tahu kan bagaimana sukar aku hendak menerima cinta seorang lelaki dalam hidup aku? But i don't know why this thing happened to me? Pada mulanya aku rasa semuanya sempurna tapi semuanya hanya keindahan sementara. :'(

Aisyah : Sahabat, semua yang berlaku, pasti ada hikmah yang bakal tersedia menanti. Allah tak ciptakan atau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Lagipun,apa yang aku lihat sejak kau mula kenali dia, kau lebih menghabiskan masa dengan dia.Tak cukup dengan berjumpa, ber'sms' , telefon pula. Bukankah itu hanya pembaziran sahabatku. Sedikit demi sedikit kau sudah meninggalkan bacaan Al-quran yang pernah menjadi sahabatmu juga satu masa dulu. Saban hari, kau semakin tidak akrab denganNya.

Maka bercucuranlah air mata Ainul mendengar nasihat sahabat karibnya itu..

Ainul : Segalanya benar sahabat. Aku leka dengan bisikan dan hasutan syaitan sedangkan aku tahu syaitan tidak pernah putus asa dalam mejauhkan kita dari Allah. Ya Allah, terlalu banyak dosaku. Sedangkan sebelum ini, tiap kali solat aku berdoa kepadaNya agar dipertemukan aku dengan lelaki yang benar-benar menyintaiku. Allah memakbulkan doaku dengan mempertemukan aku dengannya.Aku tahu dia mencintaiku. Tapi, malangnya kami masing-masing hanyut dengan perasaan masing-masing. Walaupun 5 waktu itu tidak pernah kami tinggalkan namun, dapat aku rasakan ketenangan solatku tidak seperti dulu. Apa yang telah aku lakukan ? Sedangkan cinta itu anugerah terindah dariNya, namun tidak aku hargai sebaiknya.

Aisyah : Sahabatku sayang, manusia adalah ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian. Bahkan syaitan, malaikat disuruh untuk tunduk kepada Adam, menujukkan betapa berharganya kita ciptaan Allah. Kasih sayang Allah itu tak ternilai sahabatku. Dugaan yang kau hadapi ini, juga adalah tanda kasih-sayangNya. Maka ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah masih menyayangimu sahabat. Segala apa yang Allah beri pada kita semua, hanyalah pinjaman. Bila-bila masa Dia nak kembali, Dia boleh ambil sekelip mata sahaja.Sahabat, ada sebabnya di ambil semula nikmat cinta manusia itu, mungkin Allah rindukan rintihanmu sahabat. Rintihan seorang hamba yang sentiasa berdoa agar doanya dimakbulkan. Dan jangan kau lupa, Allah menguji seseorang itu tidak melebihi keupayaannya untuk menghadapi dugaan yang diberikan kepadanya.

Ainul : Terima kasih sahabat. Aku tahu aku lalai, aku alpa, aku terpengaruh dengan bisikan syaitan selama ini. Tapi aku juga tahu betapa Allah itu sayang padaku, aku dapat merasakannya.Sebenarnya,jauh disudut hati ini, aku merindui diriku yang dulu. InsyaAllah,akan aku kembali menjadi diriku yang dahulu, yang pegang pada prinsip hidupku, yang kuat melawan perasaanku, yang tegas pada masa-masa tertentu, yang berusaha me'mahal'kan diriku di pandangan lelaki, yang dulu susah untuk siapa-siapa mendapatkan ku, itulah aku yang sebenar sahabat.Aku redha dan pasrah atas segala ketentuanNya.

Aisyah : Yes, dear. Apapun cinta itu fitrah, tapi jangan kita jadikannya medan fitnah. Aku yakin kau mampu mengadapi semua ini.Aku juga tahu dia seorang lelaki yang baik.Kau juga baik. Namun,ternyata Allah sangat menyayangi kalian. Oleh sebab itu, di jauhkan kalian dari perkara yang menghampiri zina seperti ini. After all, bak kata ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya, "jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur empat bulan di dalam kandungan ibu lagi.Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri kita." Dan lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik.Begitu juga sebaliknya. Jadilah seorang hamba Allah yang baik, insyaAllah kau akan mendapat yang terbaik juga sahabatku.

Ainul : Aku bersyukur di atas perpisahan ini sahabat. Mudah-mudahan,perpisahan ini akan membawa kebaikan bersama demi menggapai cinta yang diredhaiNya,dan cinta yang halal dimataNya.InsyaAllah.

Aisyah : Yes,so i guess Ainul Aisyah is back! I know you can overcome this. Ada ramai lagi yang lebih berat ujiannya sahabatku.Iman juga ada pasang surutnya, ada turun naiknya. Maka,istiqamah lah dalam apa sahaja yang kau lakukan. Carilah cinta yang sebenar-benar cinta.

Ya Allah, jangan berhenti mencintaiku. .
Walaupun
Adakala aku gagal mengawal diriku..
Adakala aku gagal meningkatkan imanku ..
Adakala aku gagal menghargai pemberianMu..
Namun jauh di sudut hati ini..
aku ingin menjadi yang terbaik dimataMu..
Maka, janganlah Kau berhenti mencintaiku..
Kerana aku tidak akan putus asa dalam menggapai cintaMu..
~miss AZ



Seindah namamu Ainul Mardhiah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
(QS. Ar-Rahman: 70)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah)...katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia....

lalu wanita itu berkata...
Akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku...bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti, kamu belum syahid lagi......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....waallahua'alam..