Diriku

My photo
Berusaha ke arah kebaikan..walau ku tahu iman itu ada pasang surutnya..namun takkan ku persiakan hidayahMu Allah

Wednesday, March 7

Hari ini

By : Miss AZ

Jadinya aku seperti ini hari ini kerana aku mempelajari kehidupan dari kesilapanku di masa lalu..

Jadinya aku seperti ini hari ini kerana aku sedar, walaupun manusia menyukai apa yang aku buat,tapi itu bukanlah tiket untuk menjadi hamba yang disukai Allah swt..

Jadinya aku seperti ini hari ini bukan sebab aku inginkan perhatian dari manusia, tapi aku hanya perlukan perhatian dari Allah swt..

DAN..

Aku sedar jadinya aku seperti ini hari ini adalah kerana kasih sayang Allah swt yang tidak pernah leka mengingati hambaNya walaupun aku pernah leka mengingatiNya di masa laluku..

DAN..

Inilah saat terindah dalam hidupku hari ini bila aku diberi nikmat untuk mengharungi hidupku ini bersama kasih-sayang Allah swt..Alhamdulillah Ya Rabb kerana masih menyayangiku..

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

0 comments:

Post a Comment