Diriku

My photo
Berusaha ke arah kebaikan..walau ku tahu iman itu ada pasang surutnya..namun takkan ku persiakan hidayahMu Allah

Friday, August 6

Somebody is leaving..because RAMADHAN is coming


Assalamualaikum..sudah sebulan sy x kemas blog nih..byk habuk..huhu..lagi beberapa hari, umat islam seluruh pelusuk dunia akan mula berpuasa selama sebulan and bile baca tajuk post ni, mesti ramai dah tau sape yg akan leaving tu kn..Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan."
Riwayat Bukhari & Muslim

Tapi adakah syaitan benar2 di rantai? Jika benar, kenapa masih ada yang x segan silu makan di khalayak ramai,melakukan maksiat dan seumpamanya...Atau adakah rantai tersebut hanyalah satu simbolik (majaz)?
Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun berpuasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalah yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.Walau bagaimanapun, Imam Nawawi sendiri tidak menolak kemungkinan maknanya yang zahir iaitu syaitan-syaitan benar-benar dirantai pada bulan Ramadhan bagi menandakan kemuliaan bulan Ramadhan.

Disamping dapat top up pahala,banyak fadhilat yg boleh kita peroleh jika kita benar-benar menghayati bulan yang penuh barakah ini.Bulan Ramadhan ni adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan kita yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah...

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..."
"selamat berpuasa"

0 comments:

Post a Comment