Diriku

My photo
Berusaha ke arah kebaikan..walau ku tahu iman itu ada pasang surutnya..namun takkan ku persiakan hidayahMu Allah

Wednesday, March 9

Meniti haluan kedewasaan..

16 Oktober 1988..
Lahirnya daku ke dunia ini..
Alhamdulillah, Siti Aisyah nama yang indah tercipta untukku..
Betapa besarnya pengorbanan ibuku dalam melahirkan daku..
ternyata ucapan terima kasih tidak mampu membalas pengorbanan si ibu..
begitu juga dengan kasih sayang si abah yang begitu besar buatku..
Aku dibesarkan dalam keadaan serba sederhana..
Tiada apa yang kurang..
Keluarga, sahabat,serta teman-teman tersayang sentiasa ada bersamaku..
Walaupun ada yang jauh dimata, namun kalian tetap di hati ini..
Syukur ku panjatkan padaMu ya Allah di setiap ruang doaku..

Dalam meniti kedewasaan ini..
Tidak lengkap kiranya tiada dugaan hadir bagi mengisi liku-liku kehidupanku..
ku tahu, setiap yang terjadi ada hikmahnya..
Namun, ku bersyukur..
kerana adanya insan-insan tersayang disekeliling yang byk mengajarku erti sebuah kehidupan..
Dugaan yang hadir, bukannya mudah untuk ku laluinya..
ku pasrahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui..
kerana di saat aku lahir ke dunia ini, takdirku telah ditentukan olehNya..
Dan aku sebagai hamba Allah yang kerdil, hanya mampu untuk berusaha dalam mencari redhaNya..

Dalam meniti kedewasaan ini juga..
hadirnya perasaan mencintai dan ingin di cintai..
tetapi,biarlah ia menjadi rahsia hati antara aku dan Dia..
segala rahsia hati kucurahkan padaNya yang Satu..
kerana ternyata tiada siapa yang lebih mengenali diriku kecuali Allah yang satu..
Aku masih menanti jawapan dariNya..
Walau lambat atau cepat, sabar menjadi peneman diriku dalam menemukan jawapan itu..
ku yakin, masanya akan tiba, pada waktu yang sesuai..yang telah di tetapkan untukku..

Ya Allah..
ku mohon dalam haluan kedewasaanku ini..
Kau kuatkanlah hatiku ini..
aku tidak mahu menjadi hambaMu yang membelakangkan fitrahMu..
Segala yang ku lakukan adalah dalam usaha untuk menggapai redhaMu..
Mencari nur hidayahMu..
Segala kasih sayangMu amat bermakna buatku..

Buat insan-insan yang ku sayangi dan ku cintai..
terima kasih kerana sudi mengisi ruang dalam kehidupan ku..
Betapa bermaknya kehadiran kalian padaku..
Segala pengorbanan,kasih sayang kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Dalam meniti haluan kedewasaan ini...
"hanya ku harap keikhlasan..
dan ku rindukan keramahan..
Aku inginkan kemesraan..
berkekalan..berpanjangan.."
"Ya Allah..perkenankanlah hasrat dihati sanubariku ini"









0 comments:

Post a Comment