Diriku

My photo
Berusaha ke arah kebaikan..walau ku tahu iman itu ada pasang surutnya..namun takkan ku persiakan hidayahMu Allah

Monday, February 20

Chantek

Suatu pagi sedang Nasuha melayari fb,tiba-tiba ada dia di 'pm' oleh seseorang..

MuslimSejati : Assalam. SubhanaAllah cantiknya ciptaan Allah ini.

Nasuha : Cantik apanya! mana ada gambar aku dalam fb(Nasuha berbicara dalam hati)

MuslimSejati : Cantik..sgt cantik!

Nasuha : Dah gila agknya dia ni(bisik nasuha dalam hati)..Maaf saudara. Rasanya tiada gambar ana di dalam fb ana.

MuslimSejati : Ana tau enti cantik! Sebab tu enti tak letak gambar di fb. Betul kn? :-)

Nasuha : Jadi?

MuslimSejati : Ana suka membaca post2 enti di fb. Ana kagum dengan perjuangan enti menyebarkan islam.

Nasuha : Terima kasih. Segala ilham milik Allah.

MuslimSejati : Cantiknya sifat enti.Pasti cantik juga paras rupa enti :-)

Nasuha : Maaf ye, ana nak offline dah. Terima kasih atas pujian tapi lebih baik saudara letakkan pujian itu pada Allah kerana sesungguhnya sekuat mana pun seorang hawa itu ,tetapi dia bakal bersifat lemah jika menerima pujian sebegini,lebih- lebih lagi bila pujian itu dtg dari seorang ajnabi seperti enta.Kasihanilah hawa seperti kami.Assalam.

Offline~~~~

Taubat Nasuha
"Aku telah berjanji pada Allah dan aku tidak akan memungkiri janji aku. Jika dulu banyak foto-foto ku ku tayangkan pada seluruh dunia maya,tapi kini akan ku pastikan hanya dakwah dan nurkilan islam akan ku kongsikan bersama teman-temanku di alam maya. Aku tahu bukan mudah perjuangan ini bila sikap kurang waspada dengan amaran Allah itu sudah sebati dalam diri, tapi aku yakin Allah sentiasa bersamaku kerana cinta Allah tidak pernah kurang buat hambaNya"

by: miss AZ

P/s :blockwalking terjumpa pengakuan seorang blogger lelaki..mmg 'terchantek' le







0 comments:

Post a Comment